Khamis, 28 November 2019
DIAM
Ahad, 14 April 2019
KB - KL - JAKARTA - BANDUNG - KL - KB
so seperti yang dijanjikan,
aku nak share aktiviti aku sepanjang
ke jakarta dan bandung.
okey,
aku just cuti ke indonesia 4hari3malam sahaja..
6april gerak dari kb dengan flight..
flight paling last jam 11mlm..
so, jam 12mlm aku sampai di KLIA2,
so dekat KLIA2 partner in crime aku untuk holiday dah tunggu,,
travel kali ni aku ngan sepupu aku aja..
berdua lebih baik hehehe...
geng geng jenis suka travel koboi..kih2..
#tukarracangan
#kalaufreecontactaku
#rindutersangatdah
Sabtu, 6 April 2019
Hai April :)
masih belum lambat kan nak cakap hai april?
teruntuk yang jauh,
harap kamu sihat dan masih punya yang sama.. :)
aihh,
aku tak tahu kenapa dan kenapa..
setiap kali bercakap pasal kamu,
aku jadi semangat,
tersenyum sendiri dan hati aku berbunga..
cepatlah masa,
aku ingin jumpa,,,
permulaan april yang baik,
Alhamdulillah semuanya baik.
dan aku diberi masa ruang untuk bercuti
ke luar negara.
cuma kali ini bukan dengan orang tertentu.
just me and sepupu.
anyway,
aku agak rindu nak travel skali ngan kau..
serious, aku rindu.
untuk permulaan april ni,
abah ada niat nak buat makan makan,
jadi plan nya bulan lepas..
tak menjadi..
last last semalam jugak baru jadi plan nya,.
kebetulan ada liga bola sepak penalti untuk
parlimen jeli,
jadi abah pun buat makan dekat rumah sekali
meraikan geng geng bola tu..
so far so good,
majlis agak meriah dan ramai sudi hadir.
seronok rasanya..
since dah lama sangat rumah tak ramai orang...
ramai yang datang tanya kenapa buat makan..
sampai abah sembelih sekor lembu dia hehehe...
nak dapat menantu lelaki ker? ker anak bertunang malam?
ahh sudahh....
aku diam aja.. abah backup cakap saja niat nak buat makan..
ehehehe cantik.
aku actually tak sempat nak ambil gambr sangat semalam
sebab berborak ngan orang yang lama gilaaaaa tak jumpa..
cer teka cer tekaaa
rasanya since habis diploma aku tak jumpa dia..
tup tup semalam dia datang rumah..
memang berborak laaa kerjanya.. hahaha...
- kuey tiow kuali besar
06April2019
#rindusangatsangat
#nakjumpajugaksebelumpuasa
#tegurakukalaufree
Rabu, 27 Mac 2019
Penhujung 3.
rasanya lama tak update blog.
alhamdulillah sihat, dan masih Shafiqa yang sama :)
lately,
aku tak terlalu sibuk sebenar nya,
cuma kurang tidur,
entahlah asyik tido lambat..
lewat lak tu tidur,
hmmm
tak ada apa yang baru untuk di cakap,
dan di update,
cuma sedang excited untuk melancong..
dah lama rasanya tak berjalan jauh..
dulu ada partner yang sudi jalan sama,
sekarang dah tak ada geng.
walaupun macam tu,
he always give me the best holidays ever i have.
terlalu banyak moment bersama..
terima kasih... im happy with you.
last week kawan diploma kawin weii..
antara kami 4 orang ( jurusan IT )
aku, wan. hafiz dan rifah,
dulu masing masing teka siapa kawin awal..
semua kata aku..
hahha
last last hafiz jugak yang kawin awal...
Selasa, 26 Februari 2019
MINGGU SIBUK SI DEBAB
apa khabar sekalian?
harap diberikan kesihatan yang baik lah yee..
aku kat sini Alhamdulillah sihat sejahteraa :)
cuma agak sedikit sibuk...
balik aja bercuti aritu,
terus esoknya masuk kerja pagi..
lemau rasa badan..penat..sakit urat hahhaa..
lenguh kaki bhaiii.....
so,
minggu aku balik tu minggu bufday umi.
umi hari hari duk wssp nak makan apa?
beli kek tak?
masak apa special tak untuk umi?
aku diam jeee..sebab memang nak buat suprise.
so aku jawablah..tengok laa umi kalau sempat...
17 feb 2018..
aku kena kerja, amin pun kerja..
jadi tak sempat nak beli kek..
mula mula janji ngan murni belikan
tapi dia pun busy..
so terpaksalah aku buat iklan tak berbayar...hehhe
minta tolong siapa siapa belikan..
Alhamdulillah nasib baik ada hamba Allah baik tolong belikan.
#24mackeKL
Isnin, 14 Januari 2019
Dalam Diam Aku Mencintaimu, dan Dalam Diam Aku Harus Mengikhlaskanmu.
Kerana dalam diamku tersimpan ketulusan,
Diamku menyimpan kekuatan dan harapan.
Berharap kau hadir,
Mendatangi tempatku yang sulit untuk
Diketahui oleh siapapun.
Adalah hati,
Sangkar rahsia terbaikku.
Terkelola dengan terampil,
Pandai menyimpan setiap kesedihan,
Kebahagiaan dan sebuah harapan akan sesuatu hal.
Diam dalam taat,
Bukan dalam mengingatnya terus menerus.
Diam untuk tidak memandangnya saat bertemu,
Dan tidak memikirkan nya ketika jauh..
Sebab makin memikirkan nya makin rindu bertaut.
Mengikhlaskanmu adalah caraku mencintaimu,
Mendoakan mu adalah caraku dalam menyampaikan perasaanku untukmu,
Dan Mengikhlaskanmu adalah puncak dari aku mencintaimu.
Kerana Mengikhlaskanmu sudah menjadi bahagian dari aku yang mencintaimu.
Seperti kemarau yang menanti hujan,
Begitu juga aku.
15jan2019
#dalambilik
#Seandainyakamurasaapayangakurasa
#keranarinduitupasti
Selasa, 1 Januari 2019
Assalamualaikum 2019
Assalamualaikum 2019,
Semoga tahun ini diberi peluang lebih
Baik dari tahun lepas.
Semoga tahun ini dimulakan dengan lebih bahagia
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang
Untuk nafas baru, rasa baru, kehidupan baru,
Peluang dan ruang yang baru.
InShaaAllah.
Dan untuk tahun baru ini,
Semoga dimurahkan lagi rezeki aku dan bakal imamku.
Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan bakal imamku...
Siapa pun kamu nanti,
Doaku selalu bersama.
Semoga masih dengan yang sama.
Rasa yang sama..
Orang yang sama.
Semoga saja 2019 ini tidak mengurangkan
Rasa pada hati.
Malah aku doakan perasaan ini sentiasa kekal begini..
Dan semakin mekar.
Dan juga pada tahun baru ini,
Aku harap umi dan abah diberikan kesihatan berganda.
Aku harap umi abah diberikan rezeki melimpah ruah
Aku harap umi abah diberikan umur yang panjang.
Terima kasih atas kasih sayang yang tak pernah kurang.
Dan juga pada tahun baru ni,
Aku harap,aku diberikan seribu satu ke ajaib pan.
Semoga Allah permudahkan urusan aku..
Semoga umi abah terbuka dengan sepenuh hati.
Ikhlas macam mana aku ikhlas.
Pandang macam mana aku pandang.
Betul sakit, tapi memcuba untuk membenci buat aku lagi sakit.
Kerana hati aku ikhlas.
Selamat tahun baru shafiqa :)
01jan2019
#dalambilik
#baraiikerja8pagisampai10mlm.
#rindu.
Sabtu, 22 Disember 2018
End of December
Assalamualaikum..
Lamanya rasa tak update blog.
Semoga diberikan kesihatan yang baik sentiasa.
Rindu tak? Hahaa
*actually baru bangun tido nii jam 2pagi haha.
Lately tak tahu kenapa..
Agak penat sikit bandan ni...
Pastu bila badan penat..
Mulalah symptom symptom selsema..
Gatal hidung.. Gatal kerongkong..
Seriously susah nak tido..
Sampai kena tido kat sofa sambil duduk..
Haaaa tu tahap aku punya pukulan
Kalau dah selsema gatal gatal hidung.
Actually lebih kepada resdung..hahaha
Salah makan sikitt habiss laaa.
Malam semalam mimpi seseorang wei.
Serious laaa mimpi pasal kita.. Haha
Mimpi seseorang ni datang rumah.
Stay kat sini...helok jee salam ngan abah hahaha.
Tak tahu laa kenapa mimpi tu membahagiakan.
End of December niii
Akan busy busy sangatt...
Aku fulldays dari 30hb Dec 2018 sampaii 5hb Jan 2109..
Perghhhh tabahlah shafiqa.
Dengan ceo baru ni 5hb tu dah kena siap submit
All doc report dekat Hq.
Dah laa target stock take ni nak bawah 2..
Matilaaa nak.
Sekarang pun busy sebab nak prepared untuk 31dec ni...
Nasib laa shafiqa..Lagipun kau dah syg sgt kerja kau sekarang kan.. Haha.
Sokey ni rezeki untuk aku... So hadap dan jadi lebih baik..
Ohh ya...
Memandangkan report perlu hantar awal...
Jadii jadiii
Bulan Feb tu aku boleh holiday sakan laaa kan?
Hahahaha
Qadaa cuti hahaha.. Ayuhh dong kemana kita mau cuti nihh...
Temen temen ayuh kita ke langkawi hehe..
23dec2108
#ruangtamu
#tqdtgdlmmimpi
#tqbuatsygrasaadaabg
Sabtu, 24 November 2018
Terima Kasih Tuhan.
Assalamualaikum.
Diharap baik baik sahaja dan sihat.
Aku sihat Alhamdulillah cuma kadang kadang
Resdung datang menyerang. Huhu
Habis merah hidung kena tenyeh.hahaha
Lately kesihatan umi sangat risaukan aku..
Entahlah perasaan apa yang datang, tapi aku nak
Ucap terima kasih Tuhan sebab bagi aku peluang
Untuk umi abah..
Sebab diberi peluang untuk aku jaga umi abah
Macam mana mereka jaga aku..
Walaupun tak sesempurna mereka besarkan aku.
Tapi aku bersyukur sebab diberi peluang.
Masa masa orang lain tengah sibuk kejar cita cita yang lagi baik..
Kejar masa depan diri sendiri.. Harta dan cinta..
Aku diberi peluang untuk umi dan abah..
Manisnya sususan takdir..
Rezeki untuk ada dengan umi abah lama lama.
Terima kasih Tuhan.
Dan..
24tahun aku hidup,
Aku dapat rasa suapkan umi makan,
Siapkan umi...
Sebelum ni umi tak suka anak anak suapkan dia..
Tapi sekarang umi nak anak anak suapkan.
Mula mula agak terkejut bila umi minta suapkan..
1st time aku suap umi makan..
Ya Tuhan...
Air mata umi mengalir.. Makin lama makin laju air mata umi..
Tuhan aja tahu perasaan aku masa tu..
Sebak, sedih, takut semua ada..
Tapi aku tahan aja sebab depan umi.. Dan aku terus kan suapkan umi..
Apa aku mampu cakap " kenapa nangis? Jangan nangis nanti tak habis nasi ni"
Last last aku diam,sebab aku kelu.
Lagi ditanya umi menangis lagi...
Kadang kadang aku terfikir ada sebab kenapa dan mengapa
Rezeki aku masih dekat umi abah.
Masih disini bukan di luar sana.
Dan kenapa Allah tak cepatkan jodoh aku..
Dan kenapa Allah lebihkan rezeki kerja kat sini.
Dan mungkin ada sebab jalan cerita kau dan aku macam ni..
Sebab aku masih ada tanggungjawab untuk kedua umi abah.
Dan terima kasih sebab sudi memahami aku.
Sangat bersyukur sebab Allah hadirkan seseorang
Yang faham aku, yang boleh bertolak ansur dengan aku..
Seseorang yang boleh berbincang, dan ada untuk dengar aku walau tidak dimata.
Terima kasih untuk segalanya. Yang terpenting,
Terima kasih sebab sudi untuk aku.
Terima kasih Tuhan
Kerana diberi orang orang ini dalam hidup aku.
Biar aku nampak tak sebahagia orang lain.
Biar aku nampak tak seindah cerita orang lain.
Tapi aku tahu aku bahagia dengan macam ni.
Aku bahagia mencintai orang orang ini dalam hidup aku.
Maaf kalau aku terlalu curiga, aku pernah terluka sebab terlalu percaya.
Dan ini yang terakhir,
Aku lelah dan penat untuk ulang lagi.
Jangan hentikan sesuatu perjuangan yang
Kita sudah mulakan walaupun ujian hadir bertalu lalu.
24nov2018
#terimakasih.
#datangkalausudi.
Isnin, 19 November 2018
MELAKA TRAINING LEADERSHIP
Alhamdulillah selesai jugak seminar
Leadership selama 4hari 3malam
di Melaka dan berakhir di KL.
Agak penat tapi seronok..hehe
kenapa? urmmm
sebab aku sejenis suka aktiviti macam ni..
suka sebab dapat sesuatu yang baru.
suka sebab dapat kawan baru
suka sebab orang senang dengan kita...
dua hari bengkel dalam dewan,
akulah manusia yang tak reti duk diam..haha
paling banyak cakap,
paling banyak menjawab,
paling banyak bising...
tapi jawab ketika perlu aja...
sampaikan Cik Nizam gelakkan aku..
dia cakap aku minum susu banyak..tu aktif hahahhaha
kuang asaam betul dia hahhaha..
Selasa, 13 November 2018
AKU.. UMI.. LEADERSHIP
Assalamualaikum,
Semoga sihat aja hendaknya..
Semoga baik baik semuanya...
Lately banyak benda jadi
Banyak benda lalui..
Sejujurnya aku nak bercakap..
Nak bercerita semua apa aku rasa.
Sebab aku lalui..
Tapi aku pendam sebab aku tak tahu macam
Mana nak mula nak cerita..
Orang ada masalah orang akan senang
Datang mengadu, bercerita masalah masing masing..
Bila masa aku..
Aku rasa tak ada orang nak dengar...
Tak ada orang yang nak cuba faham..
Dengan masalah aku.
Pasal aku lak,
Abah nak sangat aku jadi cikgu,
Tapi tak ada rezeki lagi...
Lagi satu aku bukan ada sijil pendidikan.
Aku cuma nak abah faham apa aku nak.
Abah sekarang selalu push aku pasal ni...
Selalu remehkan kerja yang aku buat sekarang.
Umi..
Lately kesihatan umi sangat merunsingkan..
Aritu tangan umi belah kanan takleh angkat..
Tak rasa apa apa...
Aku urut elok sikit... So suruh umi gi klinik.
Yap, doktor cakap umi stroke halus...
Risau nyaaa Allah...
Lepas tu... Selang beberapa hari
Tengah sembang sembang dengan umi
Tiba tiba umi cakap macam terabur sikit..
Aku tengok mulut umi macam senget ke kanan...
Sedih wei..
Faham tak perasaan aku... Aku tak cite dekat siapa pun.
Kawan baik aku skali pun aku tak cerita..
Aku simpan sorang.. Tapi dalam masa sama aku perlukan orang utk bercakap
Lepas tu mulut umi dah tak senget...cuma sekarang umi nak bercakap tu susah.
Ni aku dekat seminar..
Tinggal umi ngan abah kat rumah.
Nasib baik kakak ipar ada.
Sebelum datang seminar
Dah bawak umi g klinik cucuk.
Ada 4kali lagi appointment dengan dokter..
Harap ada perkembangan baik.
Hari ni tanya umi... Umi kata dah ok sikit.
Alhamdulillah.
Oh ya
Aku ada seminar 4hari dekat sini..
13hb gerak 7pg dari kelantan..
12jam dalam bas..
Sampai terus makan malam..
Masuk dewan...
14hb pagi sampai petang seminar.
Then aktiviti bebas...
15hb aktiviti bebas lagiii...jalan jalan cuci mata... Sebab duit tade.. Hahaha
16hb gerak balik kelantan.. Tp singgah KL dlu..
Oh ya.
Terima kasih sudi membaca.
Terima kasih sudi ingat.
Terima kasih sudi ada.
14/11/2018
00.22pagi
#akurindu#melaka
Rabu, 24 Oktober 2018
Pekerjaan.
Assalamualaikum.
Malam ni rasa nak meluah sikit.
Sebab tak tahu nak bagitahu siapa.
Since aku dah kerja 3tahun dengan billiongroup ni..
Dalam 3tahun aku rasa tak ada benefits sangat.
Dan paling sedih bila orang tak hargai kerja kau..
Dan tahun ni paling sedih...
Bayangkan 3tahun kerja kenaikkan gaji aku 50ringgit...
50 ringgit weh... Serious lah aku speechless gila..
Kerja IT... Kerja sales.. Kerja buat inventory...
Kerja yang patut manager buat pun aku buat...
Masa tak berkira..ke hulu ke hilir dengan transport sendiri..
Kadang boleh claim kadang tak.. Aku tak penah berkira...
Tapi hari ni dapat surat gaji kau naik 50ringgit jee...
Serious aku penat...
Dah laa kerja shift..
Bukan aku tak bersyukur..
YES aku bersyukur gilaa... Tapi takkan banyak tu jee hasil nya?
Tangkap gambar surat tu..
Send bagi boss andy, umi, abah...
Semua geleng kepala...
Abah dah bising lama dah suruh brenti kerja kat situ..
Tapi aku aja stay.. Sbb dekat rumah.
Kali ni abah betul betul bising.
"kau kerja tlg dia (manager) macam macam dah balik rumah pun..boss call boss wssp minta t, u minta ni....tu belum ada masalah kena g opis... Macam kerja on call pulak tapi ni jee kau dapat"
Aku diam seribu bahasa...
Entah laaa nak cakap apa nak jawab apa...
Aku perlukan seseorang untuk bercakap..
Untuk bercerita dan meluah...
Rasanya betul tak keputusan untuk resign...
Ahhhhh serabutnyaaaa pikir...
Pastu sekarang dapat iv maybank..
Aku pulak rasa dalam dua nak pergi ke tanak pergi..
What should I do??
Cuti dah ambik untuk g IV..
Cumaaa entah tak ada semangat jee.
Mungkin down sebab gaji tadii..
Umi along abah dah paksa pergi dulu iv ni..
If dapat tu rezeki kau...
Kerja office hours..
Basic ok.
Ada elaun lagi.
Serious aku perlu bercakap dan pendapat...
24oct2018
#pendapat?
Khamis, 18 Oktober 2018
Yakinku Seperti Ini.
Jika benar dia jodohku,
Maka segalanya agar dipermudahkan,
Segala keraguan akan dihapuskan,
Dan segala perasaan akan dikuatkan kepada dia.
Dan kepada dia jodohku,
Yakinlah juga sebegini.
Kerana dengan ini aku bisa kuat dan bertahan.
Yakinlah juga sebegini.
Kerana dengan ini aku bisa untuk kita.
Terima kasih.
18oct2018
#menunggukepulangan
#cepatlahmasaitu
Rabu, 5 September 2018
Kotak hati.
Hai September..
Nice to meet you.
Assalamualaikum pada yang sudi membaca.
Harap berada dalam keadaan sihat.
Ohh ya,
Hati yang jauh,semoga masih sama hendaknya.
Hati yang jauh,semoga masih ada.
Hati yang jauh,semoga masih disini.
Hati yang jauh,semoga masih tetap kebersamaan dengan aku.
Sungguh,
Rasa yang terbeban dihati ni terlalu berat..
Rasa rindu yang amat sangat pada satu hati.
Terima kasih
Untuk membuat jiwa aku tersentuh dengan usaha kali ni.
Tapi tidak pasti akan noktahnya seperti biasa.
Seperti masa masa lepas.
" kalau rindu pejam mata, rasa dalam hati.. Dan saya akan ada disana.. "
Semoga saja kan...
Ya Tuhan..
Kenapa rasa ini terlalu mendesak...
Kenapa rasa ini terlalu memilih dia.
Terlalu ingin menapak dalam fikir.
Semoga Allah mudahkan.
Semoga hadir dalam mimpiku
Semoga hadirmu dengan senyuman.
Semoga hadirmu bisa buatku senyum.
06sept2018
#bilik
#akurindukausangat
Rabu, 29 Ogos 2018
Yang jauh.
Selagi kita masih ada perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap dirinya,Selagi itu lah segala kekhilafan yang dia lakukan hilang sekelip mata...
Aku sedang cuba untuk serious,
Aku sedang cuba untuk kita,
Aku sedang cuba untuk hati,
Aku sedang cuba berusaha semampu boleh.
Untuk kali ini,
Pimpinlah tanganku untuk sama sama berusaha.
Kerana saat ini aku memerlukan semangat darimu.
Semoga Allah mudahkan semua urusan kita.
Semoga sahaja ini akhirnya.
Rindu,cinta dan kasih ini buat aku.
Dan juga buat kamu.
Rindu.
Jumaat, 10 Ogos 2018
Me
Happy birthday Shafiqa.
Semoga panjang umur murah rezeki..
Diberi kesihatan yang baik
Semoga diberi 1001 kebahagian di sebalik kekecewaan.
Tak minta lebih.
Minta doa dari kalian.
Yang baik baik sahaja.
Hei shafiqa
Awk dah 24tahun dah.
Saya bangga dengan awk shafiqa..
Kau kuat kau tabah.
Again.
Happy birthday to me!
Selasa, 31 Julai 2018
Adilkah pada aku..
Patutlah seminggu ni macam macam fikir..
Macam macam rasa...
Macam macam sangat jadi..
Ohh rupanya ini...
Tuhan,
Adakah aku salah?
Tuhan
Kenapa masih diberi rasa ini untuk aku?
Kenapa perlu aku untuk ini...
Tuhan..
Adakah ini ujian lagi buat aku?
Adakah ini alasannya kenapa kembali?
Tuhan,
Sejujurnya terlalu sakit untuk aku buka kembali hati...
Tapi atas alasan apa aku diberi rasa ini?
Ibu,
Apa salah shafiqa sampai macam ni?
Hari hari shafiqa doakan ibu kat sana...
Hari hari shafiqa doakan yang baik baik...
Kenapa perlu air mata tewas lagi untuk kali ni...
Sejujurnya benda paling aku takut adalah menangis.
Benda yang aku cuba sedaya mungkin...
Tapi tak tahu kenapa aku tewas malam ni..
Aku menangis...atas sebab aku sendiri tak tahu kenapa...
Tuhan...
Kenapa masih izinkan hati aku sekarang?
Hati menangislah semahu mu hari ini...
Supaya hari esok lebih baik.
Terima kasih atas hadiah terhebat ni..
01 ogos.... Di angka 6 ini aku tewas.
#tuhankumohonmatikanhatiuntukcinta
Selasa, 4 Julai 2017
Perasaan.
Betul laaa ada sesetengah kata...
Bila masa hati kau dah penat dengan janji...
Penat dengan kata kata, kau sendiri lama lama akan jauh...
Dulu aku tak percaya yang
hati akan tertutup untuk mana mana yang singgah buat selamanya..
Tapi hari ni kata kata tu seolah olah tepat padaku..
Tak ada namanya LELAKI dalam benak fikir mahupun hati...
Kecuali..abah.
Berat dan susah.
bia lama mana pun masa tu berlalu.
Susah untuk aku lupa pada yang pernah singgah.
Kadang aku termenung,
Kadang aku tertanya tanya...
Adakah hati aku pada lelaki dah tertutup.
Pada aku,
Semua bijak bagi kata kata harapan.
Kata kata manis,
Tapi tak pernah aku ditunaikan dengan janji.
Adakah aku kejam jika aku tutup segalanya?
Siapa yang dulu buat aku kejam?
Kata abah, lelaki manis mulutnya.
Ya abah, abah betul. Abah tak penah salah..
Ahad 02 julai 17 8.25mlm
Jumaat, 14 April 2017
Kenapa mesti...
14.04.2017 8.36mlm
Kenapa mesti malam ni hari ni...
Adakah aku atau dia yang tak kuat?
Aku dah hampir selesa dan bahgia dengan cara aku,
Hidup aku, orang2 sekeliling aku...
Tp mlm ni sakit dan sungguh sakit...
Aku rasa aku kuat dan mampu..
Tapi mlm ni, andaian aku jauh meleset...
Nyata masih ada sekelumit rasa....





























