masih belum lambat kan nak cakap hai april?
teruntuk yang jauh,
harap kamu sihat dan masih punya yang sama.. :)
aihh,
aku tak tahu kenapa dan kenapa..
setiap kali bercakap pasal kamu,
aku jadi semangat,
tersenyum sendiri dan hati aku berbunga..
cepatlah masa,
aku ingin jumpa,,,
permulaan april yang baik,
Alhamdulillah semuanya baik.
dan aku diberi masa ruang untuk bercuti
ke luar negara.
cuma kali ini bukan dengan orang tertentu.
just me and sepupu.
anyway,
aku agak rindu nak travel skali ngan kau..
serious, aku rindu.
untuk permulaan april ni,
abah ada niat nak buat makan makan,
jadi plan nya bulan lepas..
tak menjadi..
last last semalam jugak baru jadi plan nya,.
kebetulan ada liga bola sepak penalti untuk
parlimen jeli,
jadi abah pun buat makan dekat rumah sekali
meraikan geng geng bola tu..
so far so good,
majlis agak meriah dan ramai sudi hadir.
seronok rasanya..
since dah lama sangat rumah tak ramai orang...
ramai yang datang tanya kenapa buat makan..
sampai abah sembelih sekor lembu dia hehehe...
nak dapat menantu lelaki ker? ker anak bertunang malam?
ahh sudahh....
aku diam aja.. abah backup cakap saja niat nak buat makan..
ehehehe cantik.
aku actually tak sempat nak ambil gambr sangat semalam
sebab berborak ngan orang yang lama gilaaaaa tak jumpa..
cer teka cer tekaaa
rasanya since habis diploma aku tak jumpa dia..
tup tup semalam dia datang rumah..
memang berborak laaa kerjanya.. hahaha...
antara menu semalam :
- daging bakar
- daging singgang
- tapai
- mee goreng kuali besar
- kuey tiow kuali besar
- kuey tiow kuali besar
** tq cik din dan isteri banyak tolong kami sekeluarga untuk siapkan majlis ni... sorry tau kakak kena kerja semalam, sempat tolong kejap jee.
nahhh ni lah orangnya, hahha dari dia sampai jam 8mlm sampai jam 11mlm memboraknya.. lama gila tak jumpa dia..hahaha since diploma lagi wei..
so malam ni aku akan terbang ke kuala lumpur
sebab esok pagi aku akan terbang ke jakarta.
doakan aku selamat pergi dan balik ya.
balik nanti aku share bajet dan aktiviti aku kat sana nanti : )
inShaaAllah semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar...
ohh yaa,
aku rindu kau actually,
i hope balik dari cuti aku
aku nak jumpa kau.
sebelum puasa...
harap kau sudi..
i will miss you.
06April2019
06April2019
#jakartabandung
#rindusangatsangat
#nakjumpajugaksebelumpuasa
#tegurakukalaufree
#rindusangatsangat
#nakjumpajugaksebelumpuasa
#tegurakukalaufree




Tiada ulasan:
Catat Ulasan