Khamis, 28 November 2019
DIAM
Ahad, 14 April 2019
KB - KL - JAKARTA - BANDUNG - KL - KB
so seperti yang dijanjikan,
aku nak share aktiviti aku sepanjang
ke jakarta dan bandung.
okey,
aku just cuti ke indonesia 4hari3malam sahaja..
6april gerak dari kb dengan flight..
flight paling last jam 11mlm..
so, jam 12mlm aku sampai di KLIA2,
so dekat KLIA2 partner in crime aku untuk holiday dah tunggu,,
travel kali ni aku ngan sepupu aku aja..
berdua lebih baik hehehe...
geng geng jenis suka travel koboi..kih2..
#tukarracangan
#kalaufreecontactaku
#rindutersangatdah
Sabtu, 6 April 2019
Hai April :)
masih belum lambat kan nak cakap hai april?
teruntuk yang jauh,
harap kamu sihat dan masih punya yang sama.. :)
aihh,
aku tak tahu kenapa dan kenapa..
setiap kali bercakap pasal kamu,
aku jadi semangat,
tersenyum sendiri dan hati aku berbunga..
cepatlah masa,
aku ingin jumpa,,,
permulaan april yang baik,
Alhamdulillah semuanya baik.
dan aku diberi masa ruang untuk bercuti
ke luar negara.
cuma kali ini bukan dengan orang tertentu.
just me and sepupu.
anyway,
aku agak rindu nak travel skali ngan kau..
serious, aku rindu.
untuk permulaan april ni,
abah ada niat nak buat makan makan,
jadi plan nya bulan lepas..
tak menjadi..
last last semalam jugak baru jadi plan nya,.
kebetulan ada liga bola sepak penalti untuk
parlimen jeli,
jadi abah pun buat makan dekat rumah sekali
meraikan geng geng bola tu..
so far so good,
majlis agak meriah dan ramai sudi hadir.
seronok rasanya..
since dah lama sangat rumah tak ramai orang...
ramai yang datang tanya kenapa buat makan..
sampai abah sembelih sekor lembu dia hehehe...
nak dapat menantu lelaki ker? ker anak bertunang malam?
ahh sudahh....
aku diam aja.. abah backup cakap saja niat nak buat makan..
ehehehe cantik.
aku actually tak sempat nak ambil gambr sangat semalam
sebab berborak ngan orang yang lama gilaaaaa tak jumpa..
cer teka cer tekaaa
rasanya since habis diploma aku tak jumpa dia..
tup tup semalam dia datang rumah..
memang berborak laaa kerjanya.. hahaha...
- kuey tiow kuali besar
06April2019
#rindusangatsangat
#nakjumpajugaksebelumpuasa
#tegurakukalaufree
Rabu, 27 Mac 2019
Penhujung 3.
rasanya lama tak update blog.
alhamdulillah sihat, dan masih Shafiqa yang sama :)
lately,
aku tak terlalu sibuk sebenar nya,
cuma kurang tidur,
entahlah asyik tido lambat..
lewat lak tu tidur,
hmmm
tak ada apa yang baru untuk di cakap,
dan di update,
cuma sedang excited untuk melancong..
dah lama rasanya tak berjalan jauh..
dulu ada partner yang sudi jalan sama,
sekarang dah tak ada geng.
walaupun macam tu,
he always give me the best holidays ever i have.
terlalu banyak moment bersama..
terima kasih... im happy with you.
last week kawan diploma kawin weii..
antara kami 4 orang ( jurusan IT )
aku, wan. hafiz dan rifah,
dulu masing masing teka siapa kawin awal..
semua kata aku..
hahha
last last hafiz jugak yang kawin awal...
Selasa, 26 Februari 2019
MINGGU SIBUK SI DEBAB
apa khabar sekalian?
harap diberikan kesihatan yang baik lah yee..
aku kat sini Alhamdulillah sihat sejahteraa :)
cuma agak sedikit sibuk...
balik aja bercuti aritu,
terus esoknya masuk kerja pagi..
lemau rasa badan..penat..sakit urat hahhaa..
lenguh kaki bhaiii.....
so,
minggu aku balik tu minggu bufday umi.
umi hari hari duk wssp nak makan apa?
beli kek tak?
masak apa special tak untuk umi?
aku diam jeee..sebab memang nak buat suprise.
so aku jawablah..tengok laa umi kalau sempat...
17 feb 2018..
aku kena kerja, amin pun kerja..
jadi tak sempat nak beli kek..
mula mula janji ngan murni belikan
tapi dia pun busy..
so terpaksalah aku buat iklan tak berbayar...hehhe
minta tolong siapa siapa belikan..
Alhamdulillah nasib baik ada hamba Allah baik tolong belikan.
#24mackeKL
Isnin, 14 Januari 2019
Dalam Diam Aku Mencintaimu, dan Dalam Diam Aku Harus Mengikhlaskanmu.
Kerana dalam diamku tersimpan ketulusan,
Diamku menyimpan kekuatan dan harapan.
Berharap kau hadir,
Mendatangi tempatku yang sulit untuk
Diketahui oleh siapapun.
Adalah hati,
Sangkar rahsia terbaikku.
Terkelola dengan terampil,
Pandai menyimpan setiap kesedihan,
Kebahagiaan dan sebuah harapan akan sesuatu hal.
Diam dalam taat,
Bukan dalam mengingatnya terus menerus.
Diam untuk tidak memandangnya saat bertemu,
Dan tidak memikirkan nya ketika jauh..
Sebab makin memikirkan nya makin rindu bertaut.
Mengikhlaskanmu adalah caraku mencintaimu,
Mendoakan mu adalah caraku dalam menyampaikan perasaanku untukmu,
Dan Mengikhlaskanmu adalah puncak dari aku mencintaimu.
Kerana Mengikhlaskanmu sudah menjadi bahagian dari aku yang mencintaimu.
Seperti kemarau yang menanti hujan,
Begitu juga aku.
15jan2019
#dalambilik
#Seandainyakamurasaapayangakurasa
#keranarinduitupasti
Selasa, 1 Januari 2019
Assalamualaikum 2019
Assalamualaikum 2019,
Semoga tahun ini diberi peluang lebih
Baik dari tahun lepas.
Semoga tahun ini dimulakan dengan lebih bahagia
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang
Untuk nafas baru, rasa baru, kehidupan baru,
Peluang dan ruang yang baru.
InShaaAllah.
Dan untuk tahun baru ini,
Semoga dimurahkan lagi rezeki aku dan bakal imamku.
Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan bakal imamku...
Siapa pun kamu nanti,
Doaku selalu bersama.
Semoga masih dengan yang sama.
Rasa yang sama..
Orang yang sama.
Semoga saja 2019 ini tidak mengurangkan
Rasa pada hati.
Malah aku doakan perasaan ini sentiasa kekal begini..
Dan semakin mekar.
Dan juga pada tahun baru ini,
Aku harap umi dan abah diberikan kesihatan berganda.
Aku harap umi abah diberikan rezeki melimpah ruah
Aku harap umi abah diberikan umur yang panjang.
Terima kasih atas kasih sayang yang tak pernah kurang.
Dan juga pada tahun baru ni,
Aku harap,aku diberikan seribu satu ke ajaib pan.
Semoga Allah permudahkan urusan aku..
Semoga umi abah terbuka dengan sepenuh hati.
Ikhlas macam mana aku ikhlas.
Pandang macam mana aku pandang.
Betul sakit, tapi memcuba untuk membenci buat aku lagi sakit.
Kerana hati aku ikhlas.
Selamat tahun baru shafiqa :)
01jan2019
#dalambilik
#baraiikerja8pagisampai10mlm.
#rindu.


















