Kerana dalam diamku tersimpan ketulusan,
Diamku menyimpan kekuatan dan harapan.
Berharap kau hadir,
Mendatangi tempatku yang sulit untuk
Diketahui oleh siapapun.
Adalah hati,
Sangkar rahsia terbaikku.
Terkelola dengan terampil,
Pandai menyimpan setiap kesedihan,
Kebahagiaan dan sebuah harapan akan sesuatu hal.
Diam dalam taat,
Bukan dalam mengingatnya terus menerus.
Diam untuk tidak memandangnya saat bertemu,
Dan tidak memikirkan nya ketika jauh..
Sebab makin memikirkan nya makin rindu bertaut.
Mengikhlaskanmu adalah caraku mencintaimu,
Mendoakan mu adalah caraku dalam menyampaikan perasaanku untukmu,
Dan Mengikhlaskanmu adalah puncak dari aku mencintaimu.
Kerana Mengikhlaskanmu sudah menjadi bahagian dari aku yang mencintaimu.
Seperti kemarau yang menanti hujan,
Begitu juga aku.
15jan2019
#dalambilik
#Seandainyakamurasaapayangakurasa
#keranarinduitupasti