Isnin, 19 November 2018

MELAKA TRAINING LEADERSHIP

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah selesai jugak seminar
Leadership selama 4hari 3malam
di Melaka dan berakhir di KL.
Agak penat tapi seronok..hehe
kenapa? urmmm

sebab aku sejenis suka aktiviti macam ni..
suka sebab dapat sesuatu yang baru.
suka sebab dapat kawan baru
suka sebab orang senang dengan kita...

dua hari bengkel dalam dewan,
akulah manusia yang tak reti duk diam..haha
paling banyak cakap,
paling banyak menjawab,
paling banyak bising...
tapi jawab ketika perlu aja...
sampaikan Cik Nizam gelakkan aku..
dia cakap aku minum susu banyak..tu aktif hahahhaha
kuang asaam betul dia hahhaha..



Ni dia muka muka yang seminar sekali ngan aku, 
dua orang dari setiap outlet kat kelantan. Ada HR dalam ni, ada Store Man,
ada Finance ada Account dan ada kami IT.


okey ni team aku, tolak mamat depan ni hahahaha... 
fantastic boom team. dan ni group paling bising. *sebab ada aku kot hehe



ni antara gambar gambar yang ada masa training tu sebab aku tak tangkap gambar sebab busy
duk mem bising dalam team hahahha...


okey ni kak suzie, sepanjang kat sana dia laaa berkepit ngan aku, 
actually dah kenal lama dah ngan kak suzie ni.. hehe, 
so kami sebilik masa kat melaka ^_^

ni saja poossee dekat depan hotel pagi pagi ambil mood :)


ni masa dekat muzium kapal selam, tade apa yang best pun kat sini hahhaha...
rm 5 per entry. ok laaa if nak merasa dan tgk apa ada dalam kapal selam. ^_^


ini paling lawa bangunan dia wehh.... google encore melaka kalau tak percaya..
ni sebenarnya bangunan teater...teater tu 360 darjah rasanya pentas dia... 
kita orang pegi tangkap gambar aja sebab bangunan dia lawa terok...


yang ni biasa laa dekat afamossa, tapi aku tak panjat pun penatt wehhh..hahha
sebab malam before tu aku dah keluar lepak jalan jalan ngan team sampai dataran pahlawan kott
mana tak rasa nak tercabut kaki kah kah


yang ni last day masa kat kl dah, masa ni singgah sunway. 
aku tak tahu nak buat apa wei kat sini.. hahha
pusing pusing tengok suasana aja...


so rasanya cukuplah entry untuk kali ni hahha
sebab tak ada cerita sangat dah. 

oh yaa, 
lately agak penat sedikit sebab kena back up dept aku. 
dua dua staff baru weiii
aku sorang aja yang lama
perghhh penat otak rasanya..
sabarrrr tunggu bulan 2 aku nak holiday kaw kaw hahaha


actually, 
aku nak minta maaf untuk terakhir sekali tu, 
kalau ada termarah ke..termerajuk ke apa..
sebenarnya aku patut bersyukur sebab diberi masa 
dan peluang untuk bertanya khabar..
tapi aku akhirkan dengan rasa kecik hati aku..
serious rasa bersalah sangat sangat. 
im sorry... :(
patutnya aku tak boleh nak ikut rasa kecik hati aku, 
sebab dah diberi peluang pun patut happy dan bersyukur...
sorry sangat ye...

19nov2018
9.47pm
# masih dekat office
#terimakasihabgforcoming
#gonnamissthisteam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan