so seperti yang dijanjikan,
aku nak share aktiviti aku sepanjang
ke jakarta dan bandung.
okey,
aku just cuti ke indonesia 4hari3malam sahaja..
6april gerak dari kb dengan flight..
flight paling last jam 11mlm..
so, jam 12mlm aku sampai di KLIA2,
so dekat KLIA2 partner in crime aku untuk holiday dah tunggu,,
travel kali ni aku ngan sepupu aku aja..
berdua lebih baik hehehe...
geng geng jenis suka travel koboi..kih2..
so kenalkan partner travel aku...syuhada a.k.a ngoh. tuan kecik molek tapi umur dah 24tahun hahha..
tu gambar masa kami lepak dekat KLIA2.
dari jam 12 mlm lepak sampai ke 5.30 pagi...
tak tidur weiii...overnight punya pasal..
sebab tiket ke jakarta jam 6.50 pagi dari malaysia.
ohya total tiket kami pergi balik 1 orang dalam RM329.00..
sebab kami masuk ikut jakarta, keluar dari bandung.
dari jakarta kami naik kereta api ke bandung.
tiket untuk dua orang dalam RM60.00. 3jam perjalanan dari jakarta.
nanti aku share pasal kereta api tu.
sesampai aja di jakarja jam 8pagi (waktu indonesia )
actually dekat jakarta, aku dah ada kawan yang tunggu aku.
pendek kata ada geng jemput dekat airport :)
kenalkan ni yudi a.k.a cisco baru berkawan dalam beberapa bulan, macam mana kenal dia?
dari mana lagi kalau bukan dari game P.U.B.G hahhaa, haaa siapa kata main game ni sia sia?
boleh eratkan siratulrahim sesama manusia. memang baik orangnya..alhamdulillah dapat kawan yang baik baik. jadi sepanjang ada di jakarta, dia lah yang bawa aku jalan jalan keliling jakarta. tq co!
sesampai nya di jakarta,
dengan tak sempat nak rest,
ngan tak mandinya
cisco terus bawa aku ngan angah ke
taman impian anchol...
okey, anchol ni macam taman tema + pantai macam PD.
so nak masuk ke anchol ni kena bayar tau...
kalau tak silap around 125 ribu rph.
so dalam anchol tu aku just pusing pusing naik bot,
tak larat na jalan...tambah pulak dengan panasnyaaa membahang,
tak tahan weiii aku nak jalan..
so dekat dalam ancholl tu kalau ko boleh pusing naik bot
dengan bayaran dalam 10ribu rph seorang... maknya dalam Rm10 ringgit gituu..
dia akan bawak kau pusing anchol..
bagi aku, kalau rajin berjalan..baik berjalan..heheh
sebab for me tak ada benda yang menarik pun kalau kau naik bot
just boleh laaa tengok tengok pemandangan dia gituu..
so kalau nak tahu pasal anchol ni boleh rujuk sini yer,,
https://www.ancol.com/id
sorry aku tak boleh share gambar dekat sini,
sebab ada masalah nak transfer gambar..
sorry semua,,tapi kalau nak tengok benda menarik kat sana
boleh usshaaa website dia...
setiap mainan atau apa apa kat anchol ni,
masuk kena bayar...jadi siapkan duit banyak banyak yerr...
so lepas ke anchol
kami ke MONAS,
sebabnya nak check in awal lagi...
so kami ke MONAS.
Monumen Nasional atau popular disingkat kepada
Monas atau Tugu Monas,
adalah tugu peringatan setinggi 132 meter (433 kaki)
yang didirikan untuk mengenangkan jasa dan perjuangan
rakyat Indonesia untuk mendpatkan kemerdekaan dari
pemerintahan Hindia Belanda.
dekat jakarta aku tak ambil banyak gambar sebab penat sangat kan...memang tak larat sangat sangat,,
so ini ajalah satu kenangan dekat MONAS.. tq kawan cisco yang tolong ambilkan gambar ni... hehe
lepas tu kami lepak dekat MONAS ni sampai jam check in hotel. sumpah masa ni aku dah tak larat gilaaa...
lepas check in settle,
aku dengan jayanya membuta sampai maghrib hahaha,,
gila lah punya laaa tahan tido tu..check in mandi tido..
bangun bangun kawan aku dah tunggu bawah nak ajak aku
makan malam..
so kami ke kedai nasi padang...
nah belanja gambar hehe..
nasi padang.. yummy!
memandangkan waktu kita ngan indon beza 1jam,
jadi kawan aku ni bawak aku pusing jakarta lagi,
kami lepak nyanyi ramai ramai dekat kota tua,
kalau kita malaysia, ala ala dataran merdeka laa,,
8april, makan pagi dan terus check out jam 7pg
menuju ke station kereta api gambir.
beli tiket terus naik tunggu kereta api jam 7.50pg.
menuju ke kota cinta..kota bandung..
ni tiket kereta api jakarta - bandung..
to be continue....tunggu next post yer :) cerita kota cinta bandung.
14april2019
#finally4tahunberkhidmatdenganbilliongroup
#budakIT
#tukarracangan
#kalaufreecontactaku
#rindutersangatdah
#tukarracangan
#kalaufreecontactaku
#rindutersangatdah












