Rabu, 24 Oktober 2018

Pekerjaan.

Assalamualaikum.

Malam ni rasa nak meluah sikit.
Sebab tak tahu nak bagitahu siapa. 
Since aku dah kerja 3tahun dengan billiongroup ni..
Dalam 3tahun aku rasa tak ada benefits sangat.
Dan paling sedih bila orang tak hargai kerja kau..

Dan tahun ni paling sedih...
Bayangkan 3tahun kerja kenaikkan gaji aku 50ringgit...
50 ringgit weh... Serious lah aku speechless gila..
Kerja IT... Kerja sales.. Kerja buat inventory...
Kerja yang patut manager buat pun aku buat...
Masa tak berkira..ke hulu ke hilir dengan transport sendiri..
Kadang boleh claim kadang tak.. Aku tak penah berkira...
Tapi hari ni dapat surat gaji kau naik 50ringgit jee...

Serious aku penat...
Dah laa kerja shift..
Bukan aku tak bersyukur..
YES aku bersyukur gilaa... Tapi takkan banyak tu jee hasil nya?

Tangkap gambar surat tu..
Send bagi boss andy, umi,  abah...
Semua geleng kepala...
Abah dah bising lama dah suruh brenti kerja kat situ..
Tapi aku aja stay.. Sbb dekat rumah.
Kali ni abah betul betul bising. 

"kau kerja tlg dia (manager) macam macam dah balik rumah pun..boss call boss wssp minta t, u minta ni....tu belum ada masalah kena g opis... Macam kerja on call pulak tapi ni jee kau dapat"

Aku diam seribu bahasa...
Entah laaa nak cakap apa nak jawab apa...
Aku perlukan seseorang untuk bercakap..
Untuk bercerita dan meluah...
Rasanya betul tak keputusan untuk resign...
Ahhhhh serabutnyaaaa pikir... 

Pastu sekarang dapat iv maybank..
Aku pulak rasa dalam dua nak pergi ke tanak pergi..
What should I do??
Cuti dah ambik untuk g IV..
Cumaaa entah tak ada semangat jee.
Mungkin down sebab gaji tadii..

Umi along abah dah paksa pergi dulu iv ni..
If dapat tu rezeki kau...
Kerja office hours..
Basic ok. 
Ada elaun lagi.
Serious aku perlu bercakap dan pendapat...

24oct2018
#pendapat? 

Khamis, 18 Oktober 2018

Yakinku Seperti Ini.

Jika benar dia jodohku,
Maka segalanya agar dipermudahkan,
Segala keraguan akan dihapuskan,
Dan segala perasaan akan dikuatkan kepada dia.

Dan kepada dia jodohku,
Yakinlah juga sebegini.
Kerana dengan ini aku bisa kuat dan bertahan.
Yakinlah juga sebegini.
Kerana dengan ini aku bisa untuk kita.
Terima kasih.

18oct2018
#menunggukepulangan
#cepatlahmasaitu

Rabu, 5 September 2018

Kotak hati.

Hai September..
Nice to meet you. 

Assalamualaikum pada yang sudi membaca. 
Harap berada dalam keadaan sihat. 
Ohh ya,
Hati yang jauh,semoga masih sama hendaknya. 
Hati yang jauh,semoga masih ada.
Hati yang jauh,semoga masih disini. 
Hati yang jauh,semoga masih tetap kebersamaan dengan aku. 

Sungguh, 
Rasa yang terbeban dihati ni terlalu berat.. 
Rasa rindu yang amat sangat pada satu hati. 

Terima kasih
Untuk membuat jiwa aku tersentuh dengan usaha kali ni.
Tapi tidak pasti akan noktahnya seperti biasa.
Seperti masa masa lepas. 

" kalau rindu pejam mata, rasa dalam hati.. Dan saya akan ada disana.. "

Semoga saja kan...
Ya Tuhan..
Kenapa rasa ini terlalu mendesak...
Kenapa rasa ini terlalu memilih dia.
Terlalu ingin menapak dalam fikir. 

Semoga Allah mudahkan. 
Semoga hadir dalam mimpiku
Semoga hadirmu dengan senyuman.
Semoga hadirmu bisa buatku senyum. 

06sept2018
#bilik
#akurindukausangat

Rabu, 29 Ogos 2018

Yang jauh.

Selagi kita masih ada perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap dirinya,Selagi itu lah segala kekhilafan yang dia lakukan hilang sekelip mata...

Aku sedang cuba untuk serious, 
Aku sedang cuba untuk kita, 
Aku sedang cuba untuk hati,
Aku sedang cuba berusaha semampu boleh. 

Untuk kali ini, 
Pimpinlah tanganku untuk sama sama berusaha. 
Kerana saat ini aku memerlukan semangat darimu.
Semoga Allah mudahkan semua urusan kita.

Semoga sahaja ini akhirnya. 
Rindu,cinta dan kasih ini buat aku.
Dan juga buat kamu.

Rindu.

Jumaat, 10 Ogos 2018

Me

Happy birthday Shafiqa.
Semoga panjang umur murah rezeki..
Diberi kesihatan yang baik
Semoga diberi 1001 kebahagian di sebalik kekecewaan.

Tak minta lebih.
Minta doa dari kalian.
Yang baik baik sahaja.

Hei shafiqa
Awk dah 24tahun dah.
Saya bangga dengan awk shafiqa..
Kau kuat kau tabah.

Again.
Happy birthday to me!

Selasa, 31 Julai 2018

Adilkah pada aku..

Patutlah seminggu ni macam macam fikir..
Macam macam rasa...
Macam macam sangat jadi..
Ohh rupanya ini...

Tuhan,
Adakah aku salah?
Tuhan
Kenapa masih diberi rasa ini untuk aku?
Kenapa perlu aku untuk ini...

Tuhan..
Adakah ini ujian lagi buat aku?
Adakah ini alasannya kenapa kembali?
Tuhan,
Sejujurnya terlalu sakit untuk aku buka kembali hati...
Tapi atas alasan apa aku diberi rasa ini?

Ibu,
Apa salah shafiqa sampai macam ni?
Hari hari shafiqa doakan ibu kat sana...
Hari hari shafiqa doakan yang baik baik...
Kenapa perlu air mata tewas lagi untuk kali ni...

Sejujurnya benda paling aku takut adalah menangis.
Benda yang aku cuba sedaya mungkin...
Tapi tak tahu kenapa aku tewas malam ni..
Aku menangis...atas sebab aku sendiri tak tahu kenapa...

Tuhan...
Kenapa masih izinkan hati aku sekarang?
Hati menangislah semahu mu hari ini...
Supaya hari esok lebih baik.

Terima kasih atas hadiah terhebat ni..
01 ogos.... Di angka 6 ini aku tewas.

#tuhankumohonmatikanhatiuntukcinta

Selasa, 4 Julai 2017

Perasaan.

Betul laaa ada sesetengah kata...
Bila masa hati kau dah penat dengan janji...
Penat dengan kata kata, kau sendiri lama lama akan jauh...

Dulu aku tak percaya yang
hati akan tertutup untuk mana mana yang singgah buat selamanya..
Tapi hari ni kata kata tu seolah olah tepat padaku..
Tak ada namanya LELAKI dalam benak fikir mahupun hati...
Kecuali..abah.

Berat dan susah.
bia lama mana pun masa tu berlalu.
Susah untuk aku lupa pada yang pernah singgah.

Kadang aku termenung,
Kadang aku tertanya tanya...
Adakah hati aku pada lelaki dah tertutup.

Pada aku,
Semua bijak bagi kata kata harapan.
Kata kata manis,
Tapi tak pernah aku ditunaikan dengan janji.

Adakah aku kejam jika aku tutup segalanya?
Siapa yang dulu buat aku kejam?
Kata abah, lelaki manis mulutnya.
Ya abah, abah betul. Abah tak penah salah..

Ahad 02 julai 17 8.25mlm